Wednesday, January 13, 2010

FALSAFAH KAMI

Dalam menjalankan perniagaan ini, ada satu falsafah yang ingin saya terapkan di dalam bisnes ini iaitu KITA MEMBERI PELUANG KEPADA SEMUA ORANG TIDAK KIRA AGAMA, BANGSA, WARNA KULIT, JANTINA, PENDIDIKAN DSBNYA. Semua orang layak untuk belajar dan memiliki kemahiran bagaimana menjana ekonomi diri dan keluarga. Masalah ekonomi tidak pernah ada penghujungnya. Ia sentiasa ada dan tahap ekonomi kita akan lebih teruji setiap 10 tahun iaitu ketika kemelesetan ekonomi. Di saat itu, kepentingan menjaga ekonomi begitu penting kerana bagi mereka yang tidak kukuh akan terjatuh. Yang kukuh akan terus bertahan. Maka, adalah sangat penting kita memiliki kemahiran yang orang lain tiada yang mana dengan kemahiran tersebut, kita dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi diri dan keluarga.

Saturday, January 2, 2010

Penggerak Ekonomi Kepada Masyarakat

Salam sejahtera.

Dalam keadaan perkembangan ekonomi dunia yang lembab, Malaysia juga tidak dapat lepas daripada kesan ekonomi dunia. Terbaru kenaikan harga gula di pasaran akibat kesan kenaikan harga gula dunia telah pun diumumkan pihak kerajaan. Keadaan ini menunjukkan persekitaran yang kurang baik kepada pengguna walaupun di sebalik kenaikan harga gula telah membuka mata masyarakat terhadap alternatif kepada penggunaan gula disamping ia juga memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia.

Berbalik kepada isu ekonomi tadi, pihak kerajaan telah menyediakan peruntukan yang begitu besar dalam mempertahanakan ekonomi negara namun, hanya 20% daripada golongan sasaran menikmati peruntukan tersebut manakala lagi 80% golongan masyarakat biasa tidak mendapat sentuhan / manfaat daripada peruntukan tersebut. Kesannya 80% masyarakat ini terus terhimpit dengan kesan ekonomi yang menyebabkan hidup mereka tertekan dengan kenaikan harga barang yang tidak terkawal, perbelanjaan keluarga yang bertambah, bebanan hutang keliling pinggang dan sebagainya. Tiada program khusus yang diadakan untuk membantu 80% golongan masyarakat yang terbiar ini.

Kita sering mendengar, program bersama masyarakat dalam membantu membasmi denggi, program kitar semula, membanteras jenayah dan bermacam lagi, tetapi kita jarang mendengar program yang boleh membantu masyarakat dalam membina ekonomi individu (rasanya tidak ada langsung). Justeru, saya berpendapat, adalah lebih baik kita membantu 80% golongan masyarakat dalam merangsang ekonomi individu terlebih dahulu. Barulah masyarakat mempunyai kuasa membeli yang kuat yang mana akhirnya akan menggalakkan masyarakat berbelanja dan jika ini berjaya secara tidak langsung ekonomi negara akan rancak kembali. Apa pendapat anda?