Saturday, May 11, 2013

Menetapkan Matlamat dan Impian

Anda perlu mengenalpasti tujuan mengapa anda menyertai MLM. Jangan kerana anda dipujuk oleh upline, maka anda sign-up. Sentiasa ingat MLM sebagai cabang perniagaan dan ia adalah perniagaan anda sendiri.

Biasanya, orang kata usahawan MLM penuh dengan angan-angan. Mereka bercakap berkenaan angan-angan , impian memiliki kereta besar, mahu mengecap bonus 5 angka setiap bulan, mahu melancong keluar negara setiap tahun secara percuma ataupun memiliki kereta mewah. Mereka bukan bercerita mengenai angan-angan. Mereka bercerita berkenaan impian, target dan matlamat berniaga. Ini penting supaya mereka tahu apa yang yang mereka ingin capai.

Apabila membuka restoran, anda perlu ada matlamat perniagaan. Pasti anda memasang impian bagi memastikannya sebuah restoran yang sentiasa dikerumuni orang ramai pada bila-bila masa. Anda pasti mengimpikan membuka beberapa lagi cawangan, membuat dekorasi yang lain daripada yang lain, mempunyai menu yang berbeza dan menjadi publisiti surat khabar dan majalah.

Apa yang pasti, setiap usahawan mempunyai impian bagi berjaya dan membesarkan perniagaan. Dengan impian anda akan meletakkan usaha yang lebih kerana ia adalah pembakar semangat untuk lebih berjaya.

KENAL PASTI IMPIAN

Anda perlu mengenalpasti impian sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke dalam dunia MLM. Anda perlu tahu apa keinginan anda sebenarnya dan apa yang anda inginkan dalam hidup.


  • Tanya pada diri sendiri adakah anda mahukan kebebasan kewangan. Ini bermakna anda sentiasa ada wang, mempunyai pendapatan yang lumayan dan dapat beli apa sahaja yang anda mahu tanpa memikirkan wang bagi anda makan keesokan hari.
  • Anda yang menjadikan MLM sebagai jamonan masa depan. Ia adalah perniagaan yang dapat diwarisi oleh anak-anak apabila anda rasa mahu berehat daripada melakukannya. Ia tidak mustahil kerana LUXOR merupakan syarikat MLM yang membenarkan perniagaan ini diwariskan.
  • Anda yang mahukan lebih keselesaan hidup seperti mempunyai kereta mewah, rumah besar dan keupayaan membeli belah yang tiada had.
  • Ada yang mahu mendapatkan kebebasan melancong dan menjelajah, melihat keunikan dan keindahan di luar negara bersama keluarga tersayang tanpa batasan.