Dalam menjalankan perniagaan ini, ada satu falsafah yang ingin saya terapkan di dalam bisnes ini iaitu KITA MEMBERI PELUANG KEPADA SEMUA ORANG TIDAK KIRA AGAMA, BANGSA, WARNA KULIT, JANTINA, PENDIDIKAN DSBNYA. Semua orang layak untuk belajar dan memiliki kemahiran bagaimana menjana ekonomi diri dan keluarga. Masalah ekonomi tidak pernah ada penghujungnya. Ia sentiasa ada dan tahap ekonomi kita akan lebih teruji setiap 10 tahun iaitu ketika kemelesetan ekonomi. Di saat itu, kepentingan menjaga ekonomi begitu penting kerana bagi mereka yang tidak kukuh akan terjatuh. Yang kukuh akan terus bertahan. Maka, adalah sangat penting kita memiliki kemahiran yang orang lain tiada yang mana dengan kemahiran tersebut, kita dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi diri dan keluarga.
VISI : Kita Adalah Agen Perubahan Dalam Jihad Ekonomi Untuk Diri, Keluarga & Masyarakat
Wednesday, January 13, 2010
Saturday, January 2, 2010
Penggerak Ekonomi Kepada Masyarakat
Salam sejahtera.
Dalam keadaan perkembangan ekonomi dunia yang lembab, Malaysia juga tidak dapat lepas daripada kesan ekonomi dunia. Terbaru kenaikan harga gula di pasaran akibat kesan kenaikan harga gula dunia telah pun diumumkan pihak kerajaan. Keadaan ini menunjukkan persekitaran yang kurang baik kepada pengguna walaupun di sebalik kenaikan harga gula telah membuka mata masyarakat terhadap alternatif kepada penggunaan gula disamping ia juga memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia.
Berbalik kepada isu ekonomi tadi, pihak kerajaan telah menyediakan peruntukan yang begitu besar dalam mempertahanakan ekonomi negara namun, hanya 20% daripada golongan sasaran menikmati peruntukan tersebut manakala lagi 80% golongan masyarakat biasa tidak mendapat sentuhan / manfaat daripada peruntukan tersebut. Kesannya 80% masyarakat ini terus terhimpit dengan kesan ekonomi yang menyebabkan hidup mereka tertekan dengan kenaikan harga barang yang tidak terkawal, perbelanjaan keluarga yang bertambah, bebanan hutang keliling pinggang dan sebagainya. Tiada program khusus yang diadakan untuk membantu 80% golongan masyarakat yang terbiar ini.
Kita sering mendengar, program bersama masyarakat dalam membantu membasmi denggi, program kitar semula, membanteras jenayah dan bermacam lagi, tetapi kita jarang mendengar program yang boleh membantu masyarakat dalam membina ekonomi individu (rasanya tidak ada langsung). Justeru, saya berpendapat, adalah lebih baik kita membantu 80% golongan masyarakat dalam merangsang ekonomi individu terlebih dahulu. Barulah masyarakat mempunyai kuasa membeli yang kuat yang mana akhirnya akan menggalakkan masyarakat berbelanja dan jika ini berjaya secara tidak langsung ekonomi negara akan rancak kembali. Apa pendapat anda?

Wednesday, February 11, 2009
Adakah Kehidupan Ini Berdasarkan Takdir Allah atau Pilihan HambaNya
Hari ni apabila berkata tentang kehidupan, tidak ramai yang sering memperkatakan mengenainya apatah lagi berkaitan dengan kehidupan masing-masing. Kebiasaannya ada 2 kemungkinan : 1. Perkara yang positif atau 2. Perkara yang negatif. Percaya atau tidak, kehidupan kita dicorak melalui pengalaman silam samada pengalaman manis ataupun pahit yang terbawa-bawa sehingga ke hari ini dan hidupnya sering 'dihantui'. Kadangkala ada yang berpendapat bahawa kehidupan ini begitu sukar. Benarkah begitu? Sukarnya itu di mana?
Adakah benar sebenarnya kehidupan kita ini telah ditentukan Allah atau dengan kata lain sudah takdir kehidupan begitu...betul ke? atau sebenarnya kita sendiri yang pilih kehidupan yang macam mana kita inginkan? kalau sebagai takdir, kenapa Allah berfirman : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu (terlebih dahulu) mengubah apa yang ada dalam dirinya." Ayat ini juga menunjukkan bahawa kehidupan kita ini bukan lah takdir yang ditentukan secara total tanpa boleh diubah.. Ubah di sini membawa maksud kepada PERUBAHAN PEMIKIRAN..cara kita berfikir yang sebenarnya perlu kita ubah terlebih dahulu barulah datangnya perubahan dari segi fizikal. Cara kita berfikir yang mencorak kehidupan kita dikemudian hari...jika setiap hari pemikiran kita terlalu banyak menjurus ke arah perkara yang negatif maka itulah yang sering berlaku dalam kehidupan kita dan mungkin akan terus menghantui hidup kita. Justeru, BERTINDAK lah berdasarkan PENGAJARAN MASA SILAM dan PERANCANGAN UNTUK MASA HADAPAN yang lebih baik dan diberkati ALLAH S.W.T..

Saturday, January 17, 2009
Satu Permulaan Kehidupan

Alhamdulillah...
Bersyukur ke hadrat illahi kerana masih diberikan nafas untuk teruskan hidup dan mengabdikan diri kepada Tuhan Pencipta Yang Maha Esa. Hari ini merupakan hari ke 18 dalam bulan Januari dan telah 18 hari berlalu menjelang tahun 2009. Masa berlalu dengan pantas tanpa disedari...bagaimana dengan perjalanan kehidupan yang lalu? Adakah semakin baik atau sebaliknya?
Teringat akan peringatan Nabi S.A.W mengenai kehidupan 3 jenis golongan manusia. 1. Jika hari ini lebih baik dari semalam, beruntunglah dia. 2 Jika hari ini sama seperti semalam rugilah dia dan 3. Jika hari ini lebih teruk dari semalam maka celakalah dia. Renung-renungkanlah... Bermuhasabahlah diri agar kita sentiasa berada dalam keberkatanNya Insyallah..
Subscribe to:
Posts (Atom)