Saturday, September 8, 2012

MASA YANG SESUAI


PASARAN meningkat... pasaran menurun. Pengangguran meningkat... pengangguran menurun. Kadar faedah lebih tinggi... kadar faedah lebih rendah.

Jadi, apakah keadaan ekonomi hari ini? Bagaimanakah iklim kewangan pada bulan ini? Semuanya bergantung kepada siapa anda bertanya. Ramai 'pakar' akan memberikan pendapat dan mendakwa tahu cara terbaik untuk anda mengendalikan perniagaan.

Apa yang dibimbangkan ialah berita buruk boleh membuat anda takut dan terlalu banyak berita pula boleh membuat anda kecewa. Walau apapun, memang mudah untuk rasa begitu tidak pasti hingga anda tidak melakukan apa-apa dengan Pengedaran anda. Walaupun anda harus bertindak secara rasional dalam hal perniagaan, anda tidak seharusnya takut untuk bertindak.

Contohnya, LUXOR NETWORK membuka perniagaan 20 tahun lalu bukan kerana keadaan ekonomi sangat sesuai tetapi kerana keputusan untuk bertindak, untuk mara ke hadapan dan untuk mengejar impian. Sekiranya LUXOR NETWORK menanti masa yang sesuai? atau saat-saat yang penuh keajaiban? untuk muncul, pelancarannya akan tergendala entah berapa lama.

Anda mungkin mengalami keadaan perniagaan yang lembap sekali-sekala. Itu adalah hakikat ekonomi. Tetapi jika perniagaan lembap, anda jangan terdiam kaku. Nilai apa yang berlaku kemudian terus maju ke hadapan, sesuaikan aktiviti anda untuk mengambil kesempatan dan memanfaatkan sepenuhnya situasi tersebut.

Carilah peluang. Adakah pengguna banyak berbelanja pada masa ini? adakah syarikat tempatan mengurangkan belanjawan dan memotong gaji pekerja? Adakah inflasi menjejaskan taraf hidup semua orang? Dengan menjawab soalan-soalan seperti ini, anda boleh merancang strategi menjual dan menaja yang sesuai untuk mengembangkan perniagaan anda. Apa yang penting ialah sentiasa peka dan berfikir. Lihat, dengar dan bertindak sewajarnya.

Pastikan anda bukan orang yang asyik menunggu masa yang sesuai untuk tiba. Ia mungkin tidak akan muncul. Kecuali anda tahu masa yang sesuai ialah... SEKARANG..

No comments:

Post a Comment