Monday, September 6, 2010

Kenapa Kita Memerlukan Sumber Pendapatan Kedua Melalui Jualan?

Jika kita bercerita tentang hal berkaitan ekonomi, bandingkan 20-30 tahun yang dahulu. Harga rumah, kereta, barang keperluan dll semuanya meningkat naik sehingga 10 kali ganda. Jika dahulu gaji permulaan bagi graduan university dalam RM 800 tetapi sekarang RM 1600, kenaikkan dalam 2 kali ganda sahaja.

Pada zaman sekarang, kita sudah tidak boleh terlalu bergantung kepada anak untuk jaga kita di masa depan nanti. Ini kerana, hampir 70 % masyarakat di luar sana samada yang bekerja mahupun berniaga sebenarnya pendapatan mereka hanya cukup untuk kos sara hidup.

Bagaimana caranya untuk atasi masalah 70 % mereka yang gajinya RM 2000 tetapi berbelanja RM 2500?

Terdapat 2 cara iaitu, Pertama : Kurangkan budaya berbelanja. Kedua : Mesti tahu cara untuk tingkatkan pendapatan.

Masalah utama sekarang ini, ramai yang tahu keberkesanan produk tetapi tak ramai yang keluar bercerita. 
Kenapa?

Malas? Betul ke kita malas sebenarnya? Sebenarnya kita bukan malas tetapi tiada matlamat. Contohnya, katakan suatu hari tetiba kita dapat panggilan dari saudara terdekat yang dalam perjalanan hendak ke rumah kita. Apa yang berlaku pada kita? Kita akan kelam kabut kemas rumah, memasak, dll.

Dengan tiba-tiba kita menjadi rajin adakah disebabkan kita sebenarnya memang rajin? Tidak! Kita buat semua itu sebab ada matlamat. Apa matlamat tersebut? “Saudara mara hendak datang ke rumah, kena kemas rumah, kalau tidak malu”

Jadi, Kita perlu bantu masyarakat yang 90 % perlukan tambahan RM 500 sebulan.

Konsep dalam bisnes :

Kita beri dulu/utamakan orang lain dulu baru kita boleh dapat ganjaran.

Falsafah kita dalam bisnes :

Beri peluang kepada semua orang.


Ramai yang tidak boleh berjaya sebab tiada “keyakinan diri” sebab mereka ini berada dalam ‘penjara minda’. Apa nak buat?

Perlu keluar dari penjara minda. Bagaimana? Perlukan bimbingan/pertolongan daripada orang lain untuk bukakan pintu penjara minda buat pertama kali sahaja, selepas itu dia sendiri akan bergerak sendiri.

Jadi apa tujuan menjual?

Supaya orang yang beli dapat manfaat. Bukan niat hendak jual tetapi hendak bantu selesai masalah.

Thursday, May 20, 2010

Membina Ekonomi Masyarakat


PERCAYA atau tidak, hampir 70% masyarakat sama ada yang bekerja atau pun berniaga, pendapatan mereka buat masa ini hanya mampu untuk menyara kos sara diri sahaja. Daripada golongan ini, 90% adalah mereka yang bekerja makan gaji mempunyai masalah kewangan antara RM500 - RM1000 setiap bulan. Ini bermakna jika gaji mereka RM1000 sebulan mereka akan membelanjakan RM1500 dan begitulah seterusnya.

KENAPA ini boleh berlaku?? 10 tahun yang lalu jika anda ingin membeli rumah katakan rumah flat 3 bilik harganya mungkin sekitar RM40,000. Tapi selepas 10 tahun rumah yang sama telah dijual pada harga sehingga RM120,000. Kenaikannya berkali-kali ganda TETAPI gaji anda jika 10 tahun yang lalu katakan RM800 sebulan selepas 10 tahun mungkin naik sehingga RM1000 sebulan. Dalam tempoh 10 tahun jika sebelum ini bujang mungkin sudah berkahwin dan ada anak seorang & bagi mereka yang sudah ada anak seorang mungkin sudah bertambah kepada 3 orang. JADI, bagaimana anda dapat mengatasi masalah ini?

Keperluan diri & keluarga meningkat begitu juga kos sara diri yang lain..barang-barang keperluan naik melambung..harga minyak naik berkali-kali TETAPI gaji kita mungkin naik sekali itu pun tak banyak kenaikannya..

Jadi bagi kebanyakan mereka untuk mengatasi masalah ini, ada antara mereka yang terpaksa buat Over Time, Kerja Part Time, Berniaga kecil-kecilan & ada kalanya buat sehingga 2-3 jenis pekerjaan dalam sehari.

Kesannya, tekanan meningkat, rasa stres, kepenatan, masa kualiti bersama keluarga tiada, anak-anak membesar dengan pengasuh, kurang mendapat kasih sayang serta perhatian kedua ibu bapa, suami & isteri hanya bertemu pada hujung minggu ketika bercuti bagi mereka yang bekerja shif yang berlainan & yang menakutkan penyakit mula datang satu per satu. AKHIRNYA mereka telah KEHILANGAN KAWALAN TERHADAP KEHIDUPAN mereka. PUNCANYA ?? hanya kerana runsingkan masalah kekurangan RM500 - RM1000 sebulan sahaja!

Jadi, jika saya ada satu CARA supaya anda boleh dapatkan kembali kawalan terhadap kehidupan anda yang mana, anda boleh lakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa sahaja, dengan sesiapa sahaja, tiada risiko, modalnya rendah, dan yang MENARIK nya ia mampu menyelesaikan masalah ekonomi anda antara RM500 - RM1000 sebulan, adakah anda ingin PERTIMBANGKAN??

Wednesday, January 13, 2010

FALSAFAH KAMI

Dalam menjalankan perniagaan ini, ada satu falsafah yang ingin saya terapkan di dalam bisnes ini iaitu KITA MEMBERI PELUANG KEPADA SEMUA ORANG TIDAK KIRA AGAMA, BANGSA, WARNA KULIT, JANTINA, PENDIDIKAN DSBNYA. Semua orang layak untuk belajar dan memiliki kemahiran bagaimana menjana ekonomi diri dan keluarga. Masalah ekonomi tidak pernah ada penghujungnya. Ia sentiasa ada dan tahap ekonomi kita akan lebih teruji setiap 10 tahun iaitu ketika kemelesetan ekonomi. Di saat itu, kepentingan menjaga ekonomi begitu penting kerana bagi mereka yang tidak kukuh akan terjatuh. Yang kukuh akan terus bertahan. Maka, adalah sangat penting kita memiliki kemahiran yang orang lain tiada yang mana dengan kemahiran tersebut, kita dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi diri dan keluarga.

Saturday, January 2, 2010

Penggerak Ekonomi Kepada Masyarakat

Salam sejahtera.

Dalam keadaan perkembangan ekonomi dunia yang lembab, Malaysia juga tidak dapat lepas daripada kesan ekonomi dunia. Terbaru kenaikan harga gula di pasaran akibat kesan kenaikan harga gula dunia telah pun diumumkan pihak kerajaan. Keadaan ini menunjukkan persekitaran yang kurang baik kepada pengguna walaupun di sebalik kenaikan harga gula telah membuka mata masyarakat terhadap alternatif kepada penggunaan gula disamping ia juga memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia.

Berbalik kepada isu ekonomi tadi, pihak kerajaan telah menyediakan peruntukan yang begitu besar dalam mempertahanakan ekonomi negara namun, hanya 20% daripada golongan sasaran menikmati peruntukan tersebut manakala lagi 80% golongan masyarakat biasa tidak mendapat sentuhan / manfaat daripada peruntukan tersebut. Kesannya 80% masyarakat ini terus terhimpit dengan kesan ekonomi yang menyebabkan hidup mereka tertekan dengan kenaikan harga barang yang tidak terkawal, perbelanjaan keluarga yang bertambah, bebanan hutang keliling pinggang dan sebagainya. Tiada program khusus yang diadakan untuk membantu 80% golongan masyarakat yang terbiar ini.

Kita sering mendengar, program bersama masyarakat dalam membantu membasmi denggi, program kitar semula, membanteras jenayah dan bermacam lagi, tetapi kita jarang mendengar program yang boleh membantu masyarakat dalam membina ekonomi individu (rasanya tidak ada langsung). Justeru, saya berpendapat, adalah lebih baik kita membantu 80% golongan masyarakat dalam merangsang ekonomi individu terlebih dahulu. Barulah masyarakat mempunyai kuasa membeli yang kuat yang mana akhirnya akan menggalakkan masyarakat berbelanja dan jika ini berjaya secara tidak langsung ekonomi negara akan rancak kembali. Apa pendapat anda?

Wednesday, February 11, 2009

Adakah Kehidupan Ini Berdasarkan Takdir Allah atau Pilihan HambaNya

Hari ni apabila berkata tentang kehidupan, tidak ramai yang sering memperkatakan mengenainya apatah lagi berkaitan dengan kehidupan masing-masing. Kebiasaannya ada 2 kemungkinan : 1. Perkara yang positif atau 2. Perkara yang negatif. Percaya atau tidak, kehidupan kita dicorak melalui pengalaman silam samada pengalaman manis ataupun pahit yang terbawa-bawa sehingga ke hari ini dan hidupnya sering 'dihantui'. Kadangkala ada yang berpendapat bahawa kehidupan ini begitu sukar. Benarkah begitu? Sukarnya itu di mana?

Adakah benar sebenarnya kehidupan kita ini telah ditentukan Allah atau dengan kata lain sudah takdir kehidupan begitu...betul ke? atau sebenarnya kita sendiri yang pilih kehidupan yang macam mana kita inginkan? kalau sebagai takdir, kenapa Allah berfirman : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu (terlebih dahulu) mengubah apa yang ada dalam dirinya." Ayat ini juga menunjukkan bahawa kehidupan kita ini bukan lah takdir yang ditentukan secara total tanpa boleh diubah.. Ubah di sini membawa maksud kepada PERUBAHAN PEMIKIRAN..cara kita berfikir yang sebenarnya perlu kita ubah terlebih dahulu barulah datangnya perubahan dari segi fizikal. Cara kita berfikir yang mencorak kehidupan kita dikemudian hari...jika setiap hari pemikiran kita terlalu banyak menjurus ke arah perkara yang negatif maka itulah yang sering berlaku dalam kehidupan kita dan mungkin akan terus menghantui hidup kita. Justeru, BERTINDAK lah berdasarkan PENGAJARAN MASA SILAM dan PERANCANGAN UNTUK MASA HADAPAN yang lebih baik dan diberkati ALLAH S.W.T..

Saturday, January 17, 2009

Satu Permulaan Kehidupan


Alhamdulillah...


Bersyukur ke hadrat illahi kerana masih diberikan nafas untuk teruskan hidup dan mengabdikan diri kepada Tuhan Pencipta Yang Maha Esa. Hari ini merupakan hari ke 18 dalam bulan Januari dan telah 18 hari berlalu menjelang tahun 2009. Masa berlalu dengan pantas tanpa disedari...bagaimana dengan perjalanan kehidupan yang lalu? Adakah semakin baik atau sebaliknya?


Teringat akan peringatan Nabi S.A.W mengenai kehidupan 3 jenis golongan manusia. 1. Jika hari ini lebih baik dari semalam, beruntunglah dia. 2 Jika hari ini sama seperti semalam rugilah dia dan 3. Jika hari ini lebih teruk dari semalam maka celakalah dia. Renung-renungkanlah... Bermuhasabahlah diri agar kita sentiasa berada dalam keberkatanNya Insyallah..