Sunday, October 3, 2010

Kebangkitan Islam Akhir Zaman Akan Bermula Dari Timur


Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menye-rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”
(Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

Untuk menjayakan MISI ini sebagaimana sejarah menyaksikan ketika Zaman baginda mengangkat zaman kegemilangan Islam di Madinah ketika peristiwa hijrah, baginda telah menyatukan 8 golongan ini :

1. Pemimpin yang bijaksana.
2. Ilmu Ulama.
3. Peluh Amilin (Golongan pekerja yang rajin berusaha keras).
4. Darah Syuhadah.
5. Doa Orang Solihin.
6. Agihan Harta Orang Kaya.
7. Kehebatan Da'i @ Pendakwah.
8. Rahim Wanita Solehah.

Gabungan 8 golongan ini telah membuktikan era kegemilangan Islam sepanjang zaman sehingga di akhir-akhir ini, golongan ini telah terpisah dan berpecah akibat kerja keras para orientalis Barat yang tidak putus asa untuk memastikan umat Islam lemah dan mereka cuba menafikan hadis nabi tentang masa depan bahawa suatu hari nanti Islam pasti akan Gemilang dan bermulanya kebangkitan ini dari sebelah Timur.

Jika difikirkan sejenak, bahagian Timur mana yang dimaksudkan baginda itu? Adakah di Iran? Afganistan? Pakistan? China? atau di Kepulauan Melayu Nusantara. Menurut kajian, umat Islam teramai di dunia adalah terletak di Kepulauan Melayu Nusantara. Disebabkan ini jugalah semua mata-mata jahat musuh Islam sedang memandang ke arah sini kerana mereka khuatir Islam akan bangkit bermula dari sini maka segala perancangan teliti dan program-program telah diaturkan bagi menggagalkan hadis nabi ini bermula siri penjajahan dari Portugis hinggalah ke hari ini walaupun negara telah bebas dari merdeka namun musuh-musuh Islam tidak pernah berehat untuk melemahkan umat Islam Melayu di Nusantara ini.

Jadi, kita yang masih ada kesedaran ini perlu mencari 8 golongan ini dan perlu membentuk mereka agar suatu hari nanti 8 golongan ini dapat bersatu dalam mengembalikan kegemilangan Islam di akhir zaman. Persoalannya bagaimana kita dapat mencari 8 golongan ini? - Bersambung...

No comments:

Post a Comment